Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Semua Orang Bersedekah, Aku?

Monday 13 August 2012 0 comments

Kalau anda mempunyai perasaan dengki dalam beribadah ini, Alhamdulillah la. Tapi perasaan dengki itu perlulah menyusul dengan lebih banyak sedekah yang kita lakukan dengan betul2 ikhlas, insyaALLAH..

Terdapat sebuah cerita di sebuah masjid, wataknya ialah 2 orang wakil rakyat(YB) dan imam2 masjid..:

Imam: Assalamualaikum dato'. Saya mendapat tahu bahawa Dato' nak sponsor untuk majlis berbuka puasa di masjid ini, betul ke?

YB1: Ouh, insyaALLAH. Saya mahu pilih hari setiap kali hujung minggu untuk saya sponsor.

Imam: Ouh, insyaALLAH. Saya akan cuba aturkan.

Lalu mereka pulang ke rumah masing2..

Dua hari selepas itu,seusai solat subuh berjemaah. Tiba2 imam ditegur oleh seorang lagi YB yang lain.

YB2: Tok imam, saya berhajat nak sponsor untuk juadah berbuka puasa.

Imam: Ouh, boleh2.. Dato' nak sponsor untuk hari apa?

YB2: Saya berhajat nak pilih hari hujung minggu.

Imam: Alamak, saya minta maaf Dato' sebab dah ada orang tempah untuk hujung minggu. Boleh tak Dato'            tukar untuk hari lain?

YB2: Eh, saya tak nak hari lain, saya nak hujung minggu jugak. Imam kena batalkan permintaan seorang lagi tu.

Kebetulan YB1 yang berada berdekatan dengan tempat YB2 & Iam berbual terdengar perbualan mereka terus menyampuk. Maka berlakulah pertelingkahan dalam merebut hari untuk disponsor juadah berbuka puasa.

YB1: Eh, mane boleh. Saya dah tempah awal lagi dgan imam, mane boleh cancel. Saya nak hari minggu dulu.

YB2: Ahhh, saya tak kisah. Saya nak hari hujung minggu jugak. Awak kenal tak saya ni sape?

YB1: Lantak la awak, saya tetap nak hujung minggu jugak. Mane la saya kenal awak ni sape.

YB2: Saya ni YB. Awak berani yerr melawan saya!!!!!

YB1: Laaa,,, awak ingat awak sorang je YB?? Saya di kawasan ******... Lebih maju lagi...

Akhirnya, Imam mencuba untuk meleraikan pergaduhan mereka.

Imam: Astaghfirullahalazim.. Tu pun nak bergaduh. Cuba bawak2 bersabar sikit. Cuba beritahu saya kenapa YB dua2 ni berebut2 nak hujung minggu?

YB1 & YB2: Sebab hujung minggu ni ramai orang mari berbuka puasa kat masjid. So, kami nak ramai orang kenal sapa bagi sponsor. Barulah kami famous & bertambah popular...

Imam: Astaghfirullahalazim...

*Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati..

Kesimpulan cerita tadi: Janganlah bersedekah kerana untuk mencari populariti. Kerana sedekahlah banyak mana pun, kalau tak ikhlas, ALLAH tak akan terima amal sedekah kita tu, maka kita akan berada di kalangan orang yang beramal tapi sentiasa rugi.




0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog ini.. Sila tinggalkan komen.. Kalau suka boleh Like..