Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Kata Hati vs Nafsu

Saturday 14 July 2012 0 comments
Assalamualaikum sahabat seISLAM...



   Dalam kehidupan kita, sebenarnya kita perlu sensitif dengan keadaan semasa. Maksud saya, bukannya kita perlu takut kepada sesuatu benda atau sesiapa (hanya kepada ALLAH kita perlu takut), tetapi kita perlu sentiasa ada sifat ingin tahu (bukannya jaga tepi kain) tapi seolah2 menjaga kebajikan setiap sesuatu di sekeliling kita.

   Tengok keadaan umat seISLAM sekarang ni, banyak yang ditindas oleh musuh secara zahir. Tetapi lebih banyak yang diserang secara batin. Terlalu ramai yang mengikut nafsu.

   Kita perlu sentiasa memikirkan dalam setiap langkah kita (bukannya OVERTHINKING) tetapi lebih kepada berhati-hati supaya kita tak terikut dengan nafsu yang sangat sukar untuk kita kesan bilakah kita diattack oleh makhluk ini.

   Nafsu dicipta bukan untuk sia-sia, tapi bertujuan untuk menguji keimanan kita. Terdapat seorang manusia pernah berkata, "melawan nafsu ibarat melawan diri sendiri". Sebenarnya nafsu bukan untuk diperangi tetapi untuk dikawal supaya tidak melampaui batas.


    Seekor panda(Kung Fu Panda) berjaya mengawal nafsu makannya demi untuk menjadi pahlawan naga, kita juga perlu berkorban mengawal nafsu demi mendapat kehidupan yang hakiki di akhirat kelak iaitu Syurga. Sape yang tak nak masuk syurga, sejak kecil lagi sudah dipupuk oleh Ibu Bapa kepada anaknya tentang keindahan syurga, tetapi hakikatnya manusia kurang dididik tentang usaha dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan syurga kerana manusia terlalu suka melayan nafsunya.



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog ini.. Sila tinggalkan komen.. Kalau suka boleh Like..