Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Populariti pada zaman muda merugikan???

Thursday 7 March 2013 0 comments


    Pada zaman yang serba moden & globalisasi ini, terlalu banyak kemudahan dan juga pengaruh-pengaruh sama ada yang baik atau buruk melintasi kehidupan kita dek kerana semuanya kini berada pada setiap sentuhan titik jari kita.

    “Just click it and you can get what you want”, tapi kena ingat biasa benda yang nampak semudah ini mempunyai titik harga yang tersendiri, sama ada disedari atau tidak kebanyakannya untuk kepentingan masing-masing.

    Dalam dunia sekarang, semua berusaha mencari populariti untuk menjadi terkenal terutamanya golongan muda seperti  Vloggerians, Bloggerians, Twitterians, Facebookers. Tapi, kita kena selidiki adakah ini menjadi kesalahan untuk kita mencari populariti??

Kata Imam Syafie: 
“Jika seseorang telah tampil d khalayak ramai dalam usia mudanya, dia akan kehilangan banyak ilmu”..

     Meskipun kita tahu, Imam Syafie telah menjadi Mufti di Masjidil Haram atas arahan Muslim ibn Khalid Az Zanji pada usia kurang pada 15 tahun..

    Jika tanpa budaya belajar & mujahadah hati seperti yang dimiliki oleh Imam Syafie,  kepopularitian memang membahayakan, mengurangkan pahala dan merugikan jika tidak dikawal dengan baik.

    Kemasyhuran adalah hilangnya untuk menjadi At Taqi Al Khafi, si Takwa yang tersembunyi yang dipuji oleh Sang Nabi.

Kemasyhuran boleh menyebabkan hilangnya pahala jika terbit perasaan U’jub-kagum diri sendiri, Riya’- rasa diri hebat, Suma’h-ingin didengar dalam amal.

    Tak salah untuk kita mencari populariti, tapi kena ingat bahawa kita perlu ada persediaan yang cukup untuk menerjunkan diri dalam pentas khalayak ini sama ada dari sudut rohani, psikologi atau motivasi kerana kita tak tahu apa halangan yang bakal kita tempuhi di kemudian hari.

    Kita kena pastikan yang tanggungjawab sebenar yang tergalas di bahu kita selesai dahulu contohnya tugas sebagai Pelajar, tugas sebagai Ibu Bapa, tugas sebagai Guru, tugas sebagai Doktor...

    Maka benarlah kata Imam Syafie, kemasyhuran itu peluang untuk menjadi rugi dengan hilangnya kesempatan belajar kerana sibuk menampilkan diri di khalayak ramai untuk mencari populariti.

    Keikhlasan sering berkunjung kepada kemasyhuran, Tapi menikmati kemasyhuran itulah kekeruhan..

 Wallahua'lam...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog ini.. Sila tinggalkan komen.. Kalau suka boleh Like..