Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Cinta ILAHI Cinta Hakiki

Wednesday 25 July 2012 0 comments
Assalamualaikum



    Ketahuilah bahawa cinta pada makhluk tak akan kekal untuk selama-lamanya. Hanya cinta kepada ILAHI yang akan kekal untuk selama-lamanya.

    Globalisasi kini, kajian mengatakan bahawa terlalu ramai yang mengalami tekanan jiwa disebabkan oleh cinta manusia yang tidak akan kekal buat selama-lamanya kecuali cinta seorang lelaki soleh kepada isterinya yang solehah di syurga. Jadi, di manakah silapnya?

    Kita perlu mengetahui bahawa ALLAH adalah segala-galanya bukannya manusia ciptaan ALLAH. Perkara ini berlaku disebabkan kurangnya pergantungan tali hubungan dengan ALLAH. Manusia terlalu bergantung & berharap secara maksima kepada manusia sepertinya. ALLAH ciptakan manusia di sekeliling kita supaya memberi pertolongan kepada kita kerana setiap manusia memerlukan bantuan bukannya tempat untuk bergantung harap 100% kerana hanyalah ALLAH tempat untuk kita bergantung secara sepenuhnya. Kita hanya boleh merancang tapi ALLAH jualah yang hanya dapat menentukan takdir kita.



    Jadi, kalau nak bercinta biarlah kerana ALLAH dan berada pada ikatan yang sah dan diredhai oleh ALLAH s.w.t. Jangan terlalu berharap kepada manusia kerana kalau gagal kita akan jatuh & susah untuk bangkit kembali. Kembali kepada ALLAH jualah tempat untuk kita bertumpang kasih & sayang 100%, kerana jikalau kita gagal, kita pasti mengetahui ada lagi jalan rezeki yang lain yang akan diberikan oleh ALLAH s.w.t.



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog ini.. Sila tinggalkan komen.. Kalau suka boleh Like..