Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad?

Monday 30 July 2012 0 comments


Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah terlarang, mereka terus teraib dan tersingkir dari syurga.
Tetapi sekarang, kerana kita umat Baginda s.a.w, ALLAH tidak mengaibkan terus pada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang. ALLAH beri peluang untuk kita bertaubat!

Kalau dulu pada zaman Nabi Luth a.s, kaumnya yang berorientasikan seks luar tabii, ALLAH mengazab terus mereka hilang dari muka bumi.
Tetapi bagi umat Nabi Muhammad s.a.w, ALLAH tunda dahulu azabnya di mukabumi ini. ALLAH beri peluang agar pengamal seksualiti songsang ini bertaubat…

Adakah kita ingin mensia-siakan peluang yang diberikan oleh ALLAH yang cukup berharga ini???

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog ini.. Sila tinggalkan komen.. Kalau suka boleh Like..